Wednesday, June 16, 2010

KOLEKSI 1 Gram Silver US Eagle



Dpt ni dlm eBay,baru je smpai tgh hari td..

Tuesday, June 15, 2010

KOLEKSI 1 Gram Kuwait Finance House



Hari ni dpt lg koleksi yg baru.emas 1 garam yg dikeluarkan oleh IAR seperti mana koleksi sy sblm ni..tetapi yg ni b'wrna hijau..ape beza nye??

Saturday, June 12, 2010

KOLEKSI 1/20 oz Australian Kangaroo



Cenonet je syiling emas ini dikeluarkan oleh Perth Mint dan diedar di Malaysia oleh UOB bank..1/20 troy ounce b'samaan 1.555gram,b'ketulenan 99.9% emas..

KOLEKSI 1 Gram UBS Kinebar



Koleksi yg betul2 RARE & susah ditemui!!rezki sy menemui nye di Ebay,itupun time tu ade satu ni je..kalo dh rezki,x kan kemane.. bid pnye bid,dpt la kt sy ngan hrge yg bleh la thn..

KOLEKSI 1 Gram IAR (red cert)


Koleksi Istanbul ini diburu di ebay setelah beberapa kali bid..akhirnye dpt la gak dgn hrge yg b'patutan.di pos terus dari turki.. 1gram emas tulen 99.9% keluaran Istanbul Altin Rafinerisi (IAR) dgn pek/coa b'wrna merah..

KOLEKSI 1/4 oz Gold Maple Leaf




Juga antara produk emas yg dijual di UOB Bank..7.78gram emas tulen 99.9%.

KOLEKSI 1 oz Gold Maple UOB bank




Gold Maple 1 troy ounce bersamaan 31.105 gram emas tulen 99.9%..dibeli dari UOB Bank Jln Raja Laut KL.

KOLEKSI 1 Gram Emirates Gold




Antara produk yg boleh didapati dari Nubex. 1gram emas berketulenan 99.9% emas. Dikeluarkan oleh Emirates Gold,UAE..

KOLEKSI 1 Gram Poh Kong



Jongkong emas seberat 1gram berketulinan 99.9% emas. dikeluarkan oleh kedai emas Poh Kong. juga dikenali dgn nama Bunga Raya Gold Bar.

KOLEKSI 1 Dirham Perak IMN




1 dirham yg dikeluarkan oleh Islamic Mint Nusantara (IMN).

KOLEKSI 1 oz Silver Maple



Koleksi silver/perak yg p'tama..dibeli dari Syed Syarizal a.k.a SilveRay yg sedang b'bulan madu ketika ini.Selamat pengantin baru kpd beliau..

KOLEKSI 1 Dinar Logam Mulia 999



1 dinar berketulinan 99.9% seberat 4.25gram dgn diameter 23mm..m'punyai hrge yg tetap ketika ini RM620..boleh didapati dari pengedar2 antara nya baboon/asri.

KOLEKSI 1 Dinar Kelantan (laminated)



Antara koleksi yg jarang ditemui sekarang, sekiranya ade pun kebiasaanya penjual akan m'jual dgn hrga yg lbh tinggi dari hrga pasaran..berketulinan 91.6% seberat 4.25gram dgn diameter 23mm

KOLEKSI 1 Dinar Muslim NUBEX



1 Dinar Nubex ini mempunyai ciri-ciri yg sama seperti 1 Dinar Public berbeza pada diameter sahaja iaitu 23mm..

KOLEKSI 1 Dinar Public Dinar




Seterus nya, 1 dinar ini adelah emas berketulinan 91.6% berupa syiling seberat 4.25gram berdiameter 18mm. dinar ini dihasilkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd berpusat di Bukit Jambul Penang.

KOLEKSI 1/4 oz Kijang Emas




Ini adelah emas pertama yg hamba miliki & mnjadi "kickstart" kpd diri utk mendalami dunia emas..beliau berupa seekor 1/4 troy ounce kijang emas bersamaan dgn 7.78 gram, berketulinan 99.9% emas. hamba telah berjaya m'jinakkan beliau di Menara Mybank KL, dpn stesen Puduraya..buluh rujuk web Maybank utk hrga harian & di mana anda boleh dapatkan nya..

Kempen 1 Bulan = 1 Gram Emas

Salam semua buat sahabat2 yang dirahmati Allah SWT. Semoga sihat hendaknya disamping kehidupan seharian. Posting kali ini saya ingin membuka minda dan berkongsi ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kita.

Mmmmm... rega emas semakin hari semakin naik.... dan kuasa membeli emas semakin berkurangan bagi membeli dalam kuantiti yang besar( sbg contoh 1kg, 100g, 80g, 10g, 5g, 1 oz, 1/2 oz dsb). Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang sederhana atau kecil atau yang baru memulakan kerjaya amat sukar membeli dek rega emas yang makin mencanak saban hari.

Yalah kita maklum...duit yang ada juga penting untuk membeli keperluan kehidupan. Lantaran itu, bagaimana kita nak menambah aset famili kita. Adakah kita terus berputus asa ???

Panduan Qunut Nazilah

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .


DOA QUNUT NAZILAH




Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


sumber : JAKIM
credit sax-gold

Friday, June 4, 2010

Perkaitan Bank, Duit Fiat & Riba

Dr Yusuf Al-Qaradawi berkata - “.... Ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaa. Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang memakan dan yang diberi makan (maksudnya bank hidup seperti parasit dengan tidak tahu berusaha sendiri untuk hidup, tetapi berusaha menghisap darah dan memerah titik peluh orang lain untuk hidup, dan kemudiannya memusnahkan mereka yang bekerja untuk memberinya kehidupan…”; - Dr Yusuf Al-Qaradawi, Tipu Daya Halalkan Riba atau Fawa’id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab Media,Terbitan 1997

credit faizal

Wednesday, June 2, 2010

sambutan Hari Guru 2010

Pada 21 mei aritu..SK La Salle 1 Jinjang (tmpt saye ngajar) telah mengadakan smbutan Hari Guru peringkat sekolah..ade lah sikit gmbr ni ha nk share..camera henfon je ni,gmbr camera SLR kak linda yg gempak x amik lg dr pc skolah..


Salam Perkenalan


Assalamualaikum & slmt sejahtera kpd semua tetamu..blog ini diwujudkan bertujuan utk b'kongsi ape saje yg b'kaitan dgn hidup sy..salah & silap harap diberi tunjuk ajar.sebarang perkongsian idea & komen yg membina dialu-alukan..